Scan 3D dan 4D khas buat ibu yang teruja nak tahu jantina baby

Pengalaman scan atau imbasan 3D dan 4D baby ni memang sesuatu yang sangat ditunggu² oleh parents zaman sekarang,lebih-lebih lagi yang nak tahu sangat jantina baby.Nak tergelak bila ingat balik zaman pregnantkan baby no 4 , mana taknya..  menantikan anak perempuan setelah 3 kali mengandungkan anak lelaki.Pergghhh..  memang berdebar-debar je rasa bila si anak dalam perut masih dok terkepit2 sampai 7 bulan tunggu.haihh, berbunga2 rasa sebab orang selalu dok kata bila baby tu malu-malu nak tunjuk dan susah nak nampak(bird/telur) mesti itu baby girl.. orang katalah.Buat pertama kalinya, demi nak hilangkan debaran si ibu, saya pergi buat imbasan atau scan 3D tapi tak cukup itu,complete siap buat dengan 4D sekali.. hihihi..  🙂

Apa beza scan 3D dan 4D?

Tak kiralah first time mommy or bertime2 mommy,anda mungkin tertunggu-tunggu sesi scan baby , tapi frust bila tengok gambar kelabu kabur dua dimensi (2D)  yang biasa. Ini disebabkan,scan akan terus menembusi bayi, jadi gambar-gambar itu cuma akan nampak organ-organ dalaman baby je.

Dengan scan 3D dan 4D, kita akan nampak kulit baby menutupi organ-organ dalaman sampai boleh nampak bentuk mulut dan hidung baby kita.Paling best boleh nampak baby menguap,jelir lidah,senyum dan boleh nampak secara kasar samada rupa baby kita ikut mama atau abah dia.Wowww !!

Scan 3D atau 3 dimensi adalah gambar statik yang menunjukkan bayi dalam tiga dimensi macam kartun 3D yang kita tengok sekarang macam upin ipin,boboiboy Big Hero 6.

Scan 4D pula adalah imej 3D bayi yang bergerak (real life) dan boleh disimpan dalam format video.Kalau kita nak buat scan 4D ni nanti dia siap bagi CD dengan DVD.

Boleh tak Scan 3D dan 4D mengesan kecacatan baby?

Jawapannya tidak.Kalau nak tengok lebih detail pasal injap jantung ada berapa,hati dan paru-paru ok ke tak kena buat Detail scan.Detail scan ni scan dalam bentuk 2D tapi dia akan ambil masa yang lebih lama sebab doktor atau sonographer akan explain lebih mendalam setiap organ yang ada pada baby kita.Scan 3D dan 4D pula boleh kesan kalau bibir baby kita sumbing atau sesuatu yang ganjil pada anggota lain contohnya jari tangan.Ada kalanya ia berguna bagi memberikan maklumat tambahan tentang keabnormalan yang sudah diketahui masa kita buat Detailed Scan tadik.

Bila waktu yang terbaik untuk buat scan 3D dan 4D?

Masa paling baik untuk buat scan 3D dan 4D ialah antara 26 minggu hingga 30 minggu. Sebelum 26 minggu baby mempunyai terlalu sedikit lemak di bawah kulitnya, jadi tulang muka boleh ternampak melalui kulit tapi kalau lepas 30 minggu kepala baby mungkin dah masuk agak dalam dekat bahagian pelvis so mungkin kita tak dapat nak tengok muka baby.

Selalu bila buat scan 3D ni, kalau boleh kita nak tengok muka baby kita sekali kan? tapi tak semua bernasi baik, semuanya bergantung pada posisi baby. kalau dia terbaring muka ke atas, dengan banyak cecair amnion dekat muka dia, masa ni boleh nampak jelas muka baby. Tapi,kalau dia terbaring menghadap belakang , atau cecair tu tak banyak sangat kat sekeliling dia, atau mungkin juga sebab kita sendiri ada banyak lemak perut, tak banyak lah yang boleh nampak dalam hasil scan tu.

Kadang-kadang doktor akan suruh kita pergi jalan-jalan dulu atau datang lagi dalam masa seminggu sebab nak tunggu bila baby beralih ke posisi yang lebih baik. Tapi, kalau sampai ke sudah tak nampak juga muka baby dengan jelas, at least masih boleh tengok jari-jari tangan dengan kaki dia yang runcing and supercomel  🙂

sambung cerita saya tadi kan,akhirnya…. lepas buat scan 3D ni, memang nampak sebijik dang! my baby ada bird!! hahahah.. meleset sangkaan konon ingatkan dia dok kepit2 tu baby girl :p . Cik Sonographer siap buat scan 4D, dalam imej yang bergerak2 tu nampak cik sonographer dok fokus tang tu sebab maknya tak puas hati suruh belek banyak kali.. bahahaha..

Tempat Scan 3D-4D murah dan best

Hah, memang bila saya google banyak keluar pasal klinik yang offer scan 3D dengan 4D ni, disebabkan saya duduk area Bangi, saya pergi yang dekat denga umah ler.Klinik Dr Najwa seksyen 3 dengan klinik As-Salam Seksyen 7.Klinik Dr Najwa tu memang tempat saya checkup monthly, masuk 7 bulan saya pergi klini pakar An-Nur sebab memang nak bersalin kat sana.Klinik Dr Najwa tu best ,doktor dia lembut je lepastu friendly tanya apa2 pun dia jawab so takla malu nak tanya soklan kurang bijak.. bahahah.Bukan apa, kita ni kadang2 kalau terlampau anxious semua benda nak tanya.. walaupun dah beranak 4,kan? kan? ;p .Facilities kat dalam klinik ni pun tip top contoh tempat scan dia, amik darah pun boleh terus dapat result,setengah klinik dia kena hantar sample darah ke makmal lain kalau tak silap,kan? Harga scan 3D dengan doktor Najwa rm120 masa tahun 2014 taktau la kalau dah naik harga.Cerita pasal klinik As-Salam, yang scan perut saya masa tu sonographer bukan doktor kat situ,dia kira buat freelance dekat klinik tu dengan klinik2 lain.korang boleh tengok kat bayi-ibu.com,ada banyak lagi klinik yang guna khidmat diaorang.

3D 4D SCAN IN MALAYSIA - Make Appointment - Mozilla Firefox_2015-08-30_04-21-59Mula2 register dulu lepastu baru boleh browse dalam dia.Yang bestnya guna sistem appointment bayi-ibu.com ni, boleh tengok tarikh dengan waktu yang kita nak pilih.

3D 4D SCAN IN MALAYSIA - Online Appointment Scheduler - Mozilla Firefox_2015-08-30_04-21-07Lepastu kita boleh pilih kawasan yang kita nak buat appointment contoh dekat Bandar Baru Bangi, bila klik dia terus keluar nama klinik kat Bangi yang guna perkhidmatan diorang.Macam kat Bangi, klinik As-Salam Seksyen 7 .

3D 4D SCAN IN MALAYSIA - Appointment History - Mozilla Firefox_2015-08-30_04-24-12

Then, Kita boleh pilih sonographer mana yang kita nak.Tapi tak semua tempat dapat sonographer yang sama. Kalau Bangi ni, Ms Celyn dan kalau nak Ms Jezzlyn ada dekat Klinik AnNisa Seri Kembangan.. boleh cek kawasan yang lain dekat jadual atas.3D 4D SCAN IN MALAYSIA - Appointment History - Mozilla Firefox_2015-08-30_04-25-06

Lastly, siaplah appointment kita tadik.

Selamat melayari saat-saat manis bergelar ibu  😉

 

 

 

Tukang urut bersalin yang superb BEST,badan jadi ringan susu melimpah ruah. mesti try!

Dah masuk 2 bulan lebih berpantang ni badan mula lenguh-lenguh  balik..

sakit belakang.. sakit pinggang… lenguh lutut… haih… badan dah dimamah usia.. biasalah tu… sakit-sakit skit…  🙂

Alhamdulillah ada shaklee membantu mengurangkan kelenguhan..  but still saya suka follow up dengan urutan seluruh badan.. segar sikit badan lepas kena urut kan? saya ni memang jenis yang suka manjakan diri dengan mengurut ni..

pernah try pergi spa… urut satu badan… perghhh sedap rasa macam tuan puteri dibelai … dimanja-manja gitu… sampai nak tertidur dengar alunan muzik… bunyi deruan air … santai…. korang kena cuba tau… best betul.. saya pergi spa pun bukan selalu… dua ke tiga bulan sekali… tapi kalau urut tradisional kerap sikit.. masa mengandung saya mengurut, masa berpantang mengurut. masa tak mengandung pun ada urut juga..

hah.. dekat Bangi ni memang ada ramai tukang urut.. ada yang tua, ada yang muda… ada yang urut kuat beno sampai kaki tu rasa ringan nak menyepak… huhuhu… ada yang urut perlahan sangat pula sampai rasa macam sesi gosok-gosok badan aje…  bagi saya yang penting matlamat tercapai… tukang urut tu mesti pandai cari punca masalah, cari urat bukan simply urut macam tu je.. baru kurang sakit tu dengan izin Allah kan?

Antara tukang urut yang saya suka, saya panggil dia kak Sha .. muda lagi tau dia ni.. so kudrat tu lebih,dia tak cepat mengah.. sekali urut satu badan tu dalam 2 jam… pergghhhh puas hati sungguh.. murah je pulak tu… berbaloi sangat!! katanya kita ni kerja kena ikhlas… so berapa dia charge? ikut kawasanlah … cuba try.. mesti tak menyesal.. kalau korang duduk area Bangi, Serdang, Bandar Seri Putra, Kajang boleh call nombor ni 010 4303 489.Kak sha ni orang dia humble dan peramah.. sambil urut sambil sembang.. sembang pun oklah tak adalah topik yang bosan.. (sorry tak ada gambar pula kak sha ni). terkini Kak Sha sekarang ada buat bekam juga,saya baru try bekam angin.seronok kan.. takyah pergi pusat bekam.. orangdatang rumah buat bekam.. terbaikkkkk!!

Sorang lagi.. Awanis Musa… mommy vogue.Dia boleh urut tradsional,holistik ala2 spa tu.. dengan buat bekam sekali.. dann… dan termasuk akupunktur tau!! kakak ni memang pergi merata.. putrajaya,klang,shah Alam sampai pajam pun ada.Extra,kak Awanis ni boleh jadi confinement lady juga.Servis yang dia offer,mandikan baby,urut mak,urut baby,mandi herba,tungku,tangas,bengkungkan mak,urut breast(urut susu ) untuk kes mommy yang tak keluar2 susu lagi ataupun yang bengkak susu. Kak Awanis ni memang belajar skill mengurut ni ,dia ada sijil dari UTM KL.Minyak yang dia pakai pun best.. ada minyak aromaterapi lavendar lah.. macam2.. oh, dia ada offer facial sekali tau dengan urut penutup pantang.. tengok lebih lanjut kat blog dia http://urutauntieyan.blogspot.com/ Nak try service dia,bleh call no ni  018 661 4417 / 014 644 0186.

awanis musa

Tukang urut ketiga yang saya pernah try… opah umi.. sila klik link ini warisanopahumi.blogspot.com.Opah ni dah umur 70 tahun.. tapi masih bertenaga cuma tak sekuat kak sha tadik.. tapi oklah, terasa dia urut tu .. pandai cari urat.. cuma,kalau nak mengurut dengan opah umi ni,kita kena datang rumah dia.Haritu siap ada orang ni,baru sersalin 2 hari dah keluar rumah datang ngurut kat opah.Lagi satu kan,opah ni meniaga jamu juga.. jamu tu dia buat sendiri,siap ada tempat buat jamu tu kat luar rumah dia.. tradisional ok? tempat tumbuk bahan yang diperbuat dari kayu.. nak cuba? ni no opah 012-6605020

opah umi

Last sekali,bekas bidan hospital.. dah tua tapi tenaga dia macam orang muda.. sedap tapi sakit wooo .. kalau korang memang suka jenis urutan macam ni.. elok sangat le amik makcik ni.. orang panggil  makcik Nab..

Antara senarai nama tukang urut di sekitar Kajang dan Bangi:

  • Cik Bedah (Sg.Ramal,Kajang) – 0387349281
  • Embah Duk (Sg.Merab Kajang) -0389257006
  • Kak Dah (Kajang) – 0169045167
  • Puan Hani (BBBangi) – 0123166074

so, inilah antaranya kalau korang mencari-cari tukang urut lepas bersalin.. tapi kebanyakan ni sekitar bangi,kajang,putrajaya… luar kawasan tak sure pula   🙂

ok, happy confinement …. selamat berpantang deh…

kalau nak set berpantang Shaklee.. call Cikyah cepat! saya dah 3kali berpantang dengan set berpantang Shaklee tau!

SID Shaklee 840944

Cikyah

0173377038