Masalah Kolestrol Tinggi dan Serangan Sakit Jantung Yang Anda Wajib Tahu

Saya lebih mengenali si kolestrol ni sejak 3 tahun lalu apabila saya sendiri mengalami masalah kolestrol tinggi.Kalau nak tahu,kolestrol ni bukan berlaku pada orang yang gemuk je tau,ia lebih banyak ditemui dalam tubuh badan orang yang kurus,macam saya . Jom kita kenali dengan lebih dekat apa dia kolestrol dan akibat buruk terlebih kolestrol dalam badan.

Apa dia kolestrol?

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam saluran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah boleh  diperolehi daripada pemakanan kita dan dihasilkan dari organ hati manusia.

Kolesterol dari pemakanan datang daripada sumber haiwan seperti daging, ayam, ikan,telur dan produk tenusu seperti keju,mentega dan susu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam saluran darah(arteri) dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada saluran darah dan juga menghasilkan sendiri kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam saluran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada saluran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Fungsi Kolestrol dalam badan

Mengapa kita perlukan kolestrol? bukankah kolestrol bahaya untuk kesihatan? Sebenarnya kolestrol mempunyai fungsi yang penting dalam pelancaran sistem tubuh manusia.Tetapi terlalu banyak kolestrol dalam darah boleh menyebabkan saluran darah yang membawa darah ke seluruh badan anda tersumbat dan mengakibatkan serangan jantung atau strok.

Empat Fungsi utama kolestrol adalah

  • Menyumbang kepada pembentukan struktur dinding sel     
  • Membentuk asid hempedu bagi proses pencernaan dalam usus     
  • Membenarkan badan untuk menghasilkan vitamin D     
  • Membolehkan tubuh untuk menghasilkan hormon tertentu.

Kolesterol Jahat VS Kolesterol Baik

Kebanyakan kolesterol yang dijumpai dalam darah adalah LDL (lipoprotein berketumpatan rendah ) kolesterol. Jenis ini akan mengakibatkan penghasilan plak yang menyebabkan saluran darah tersumbat. Plak menghalang darah daripada mengalir melalui tubuh badan dengan cara yang sepatutnya.

HDL ( lipoprotein berketumpatan tinggi) pula tidak menyebabkan arteri tersumbat.Kolesterol HDL membuang kolestrol daripada saluran darah dan membawa kembali ke hati, di mana ia boleh diproses dan dihantar keluar dari badan. Itulah sebabnya is dipanggil HDL “kolesterol baik .

Ingat ya, LDL= JAHAT!, HDL= BAIK

Jika kolesterol terkumpul di dalam saluran darah seseorang selama bertahun-tahun , ia mungkin membawa kepada:     

  1. serangan jantung yang boleh merosakkan jantung     
  2. strok yang boleh merosakkan otak

Punca paras kolestrol tinggi

  1. Diet yang tidak seimbang

    Menghadkan pengambilan lemak dalam diet membantu merendahkan paras kolesterol, mengawal pengambilan makanan, khususnya, yang mengandungi: 

    • Sumber makanan yang mengandungi kolesterol seperti daging, keju dan kuning telur .
    • Lemak tepu (terdapat dalam beberapa jenis daging, produk tenusu, coklat, barang-barang bakar, dan makanan goreng dan diproses)     
    • Trans lemak (yang terdapat di beberapa makanan yang digoreng dan diproses)

      

  2.  Kurang Senaman dan berat badan berlebihan.

Berat badan berlebihan atau obes boleh meningkatkan tahap LDL dalam darah, tapi jangan risau,senaman dapat mengurangkan masalah.Selain itu, genetik juga memainkan peranan dalam menyumbang kepada masalah kolestrol tinggi – tahap LDL yang tinggi didapati dalam keadaan yang diwarisi hypercholesterolemia.

Tahap kolesterol yang tidak normal juga mungkin boleh berlaku apabile wujud situasi berikut:

1.  Penghidap Diabetes    

2.  Masalah  Hati atau penyakit buah pinggang  

3.  Sindrom Polycystic ovari     

4.  Kehamilan dan lain-lain keadaan yang meningkatkan tahap hormon wanita

5. Kelenjar tiroid kurang aktif(hypothyroid).  

6. Ubatan yang boleh meningkatkan kolesterol LDL dan mengurangkan kolesterol HDL (progestins, steroid anabolik dan kortikosteroid).

Bagaimana Serangan Jantung Boleh Berlaku?

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Partikel kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh partikel kolesterol LDL.

Bahayakan kolestrol tinggi ni? So, dah jelas sekarang tentang kolestrol? Bagaimana kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung dan mengakibatkan kematian?Mulai hari ni jom kita amalkan gaya hidup sihat dan jaga diet pemakanan kita  🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *