Vitamin First aid kit yang wajib restock di rumah

First aid kit di rumah

Selain minyak angin herbanika… (wajib sebab i suka mengurut dan diurut),handyplast pun wajib ada.. minyak cap dua singa.. 2 item kat bawah ni pun antara benda yang tak boleh putus bekalan.

Nutriferon dan garlic bagus untuk kuatkan antibodi tak kisahlah masa tengah sakit atau masa sakit tengah menyerang.

Saya still bawa anak pergi klinik.. kalau demam terlalu tinggi.. saya kebahkan dulu dengan ubat demam doktor kemudian 3 jam lepastu follow dgn garlic dan nutriferon.

Mak mertua sendiri pesan .. kalau sakit tekak nak demam makan bawang putih banyak2. So dah alang2 shakeli ada garlic complex.. telan je 4biji.. settle.

Orite.. buka puasa ni nak kena telan si sachet kelabu dan pil bawang putih.. dah start rasa sakit tekak nak demam..

Bila Cikyah berimpian..

Impian..
Dulu masa kecik .. saya tak ada impian atau cita2.. bila besar nak jadi apa? Saya suka ikut2 orang.. kejap nak jadi cikgu.. lepastu doktor..
Sampaila saya kerja ni.. bukan dari cita2 sebenar saya..
Sejak join shakeli.. mentor Lyna Noh selalu minta kami berangan.. pasang impian apa yang kita nak.. apa yang kita target akan jadi dalam masa 10 tahun akan datang..
Betul.. kita cuma rancang.. tapi Allah adalah sebaik2 pengatur dan perancang.At least.. bila kita dah pastikan apa yang kita nak, akan lebih mudah untuk fokus dan capai kemahuan kita seiring dengan doa pada Allah.
Tapi,kali ni saya bukan nak share pasal impian saya.saya nak sharing tentang impian 2 orang kesayangan saya,of course si dia pemilik belahan jiwaku dan bondaku yang sentiasa daku kasihi dan sayangi.

Sejak awal perkahwinan banyak pengorbanan yang husband saya dah buat untuk perkahwinan kami sampai dia sanggup hold dulu cita2 dan impian dia. Dia sanggup jual kereta kesayangan dia masa saya berhenti kerja awal 2008 dulu.kereta pertama yang dia beli sendiri dengan hasil berdikit2 sewaktu muda.kini bila ahli keluarga kecil kami berkembang.. terpaksalah pula mencari kereta yang lebih luas dan selesa.nak beli kereta impian dia tak mampu lagi.. jadi sekali lagi dia terpaksa mengalah dan berkorban.. duit simpanan terpaksa digunakan untuk beli apa yang mampu ikut keadaan kami waktu tu.saya perasan setiap kali kereta idaman melintas.. tak kelip mata en husband mengerling.. sesekali terdengar juga keluhan.. ” bilalah boleh dapat kereta yang abah nak tu kan bu?”..
Husband.. perjalanan kita sentiasa seiring.. insha Allah.. impianmu adalah impianku jua.. dengan izin Allah dan usaha kita bersama.. daku doakan agar pada hari lahir ke 40 mu akan terlaksana impian yang telah lama kau pendam..
Selain menabung dari duit gaji.. tabung si oren dan si hijau.. saya sedang struggle untuk dapatkan insentif car reward dari shakeli.. apa yang shakeli tawarkan bukan sebiji kereta.. tetapi wang bulanan untuk bayaran kereta kita.semua ikut point yang kita kumpul.. so kita boleh pilih apa juga jenis kereta yang kita mahu…insha Allah.
I have another 3 years.. doakan saya ya kawan2. Misi untuk merealisasikan impian en husband saya.

Insan kedua kesayangan saya adalah bonda saya sendiri. Emak memang suka berjalan dan melancong.masa mak muda2 mak tak berpeluang sebab abah saya bukan kaki jalan.hidup kami dulu alhamdulillah.. tak senang dan tak susah.. sebab saya tahu masih ada yang susah dari keluarga kami. Cuma mak dan abah tak ada duit lebih untuk entertainment dan travel. Mak terpaksa pendamkan hasrat dan minat mak untuk melancong semata untuk bantu abah besarkan kami 6 beradik.
Tapi sekarang mak dah mula berjalan ke luar negara cuma masih belum sampai ke negara impian mak.mak teringin nak ke ausie.. new zealand.. istanbul tapi belum kesampaian.insha Allah mak.. mak doakan anak mak murah rezeki dan tak putus asa dalam legacy shakeli ni ye mak.
Salah satu cara saya nak bantu realisasikan impian mak.. ialah dengan berkerja keras dalam shakeli untuk melayakkan diri ke international trip shakeli.. bukan calang2.. tahun depan legacy shakeli akan ke jepun.. sebelum ni itali dan US.. boleh bawa family siap dapat duit poket untuk berbelanja..
Aamiin.. doakan saya ye kawan2.Semoga saya terus kuat berusaha demi mereka yang tersayang.

Tanda-tanda sakit jantung yang perlu anda awasi

Sakit jantung bukan boleh buat main-main.sekarang ni banyak sangat kes tak kira muda dan tua.Ingat tak lagi arwah pelakon Faizal yusof dan Shamrin Fotograf?

Setiap individu atau keluarga sentiasa inginkan suasana ceria dan sihat dari segi fizikal, mental dan sosial. Namun, semasa kita berada dalam keadaan riang gembira, sesuatu yang tidak terduga boleh berlaku secara tiba-tiba. Sakit jantung boleh terjadi pada bila-bila masa walau di mana anda berada. Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh dicegah, dirawat dan dielakkan.

Jantung adalah organ yang terdapat di dalam badan kita. Ia dibina dari otot yang kuat dan mendapat bekalan darah dari jaringan saluran darah yang mengelilinginya. Jantung mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan zat makanan ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah. Jantung yang sihat berupaya mengepam 10 ribu liter darah sehari dan berdenyut kira-kira 100 ribu kali sehari iaitu antara 60 hingga 80 kali seminit. Sakit jantung berlaku apabila salur darah jantung menjadi sempit. Penyempitan ini berlaku kerana dinding sebelah dalam saluran darah diselaputi lemak terutamanya kolesterol.

Jika saluran darah menjadi sempit, maka ada bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Ini akan mengakibatkan berlakunya sakit dada. Jika saluran darah tertutup sepenuhnya sebahagian dari jantung anda akan rosak mengakibatkan sakit dada yang teramat sangat. Keadaan ini dikenali sebagai sakit jantung. Di antara tanda-tanda sakit jantung ialah pesakit akan berasa sesak nafas, berdebar, letih lesu, berpeluh dingin, rasa pitam, dan pengsan. Apakah faktor-faktor yang memungkinkan sakit jantung? Merokok menambah kemungkinan anda mengalami sakit jantung sebanyak tiga hingga enam kali. Di antara kesan asapa rokok ialah pertama, pembekuan darah. Kedua, pemendapan lemak di dinding saluran darah dan ketiga, mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.

Tekanan perasaan juga boleh mengakibatkan anda mengalami degupan jantung yang meningkat dan tekanan darah juga turut meningkat. Keadaan ini akan mengakibatkan seseorang itu mengalami sakit jantung. Kandungan lemak yang tinggi dalam badan juga akan mempertingkat risiko kepada penyakit jantung. Seseorang yang kurang menjalani aktiviti fizikal atau bersenam akan meningkatkan risiko sakit jantung. Senaman adalah penting bagi menguatkan otot, dan membaiki pengaliran darah ke jantung.

Penyakit darah tinggi juga akan mengakibatkan sakit jantung. Penyempitan saluran darah akibat dari darah tinggi akan menyebabkan jantung terpaksa mengepam darah lebih kuat. Akibatnya saluran darah akan menjadi lebih tebal dan ini akan menyukarkan saliran darah ke seluruh tubuh badan. Oleh itu, lebih tinggi tekanan darah maka akan lebih besarlah risiko serangan jantung.

Kesan daripada saluran darah menjadi lebih tebal juga akan mengakibatkan seseorang itu berisiko untuk menghidap diabetes. Mereka yang menghidap diabetes mempunyai dua hingga tiga kali kemungkinan serangan sakit jantung. Seseorang yang berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan adalah berisiko tinggi untuk menghidap penyakit jantung. Seseorang yang mempunyai keturunan yang menghidapi penyakit jantung juga berisiko tinggi untuk turut sama menghidapinya. Penyakit jantung yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan timbunan lemak yang berterusan pada bahagian dalam saluran darah dan menghalang bekalan darah ke otot jantung dan boleh menyebabkan kematian secara mengejut. Langkah-langkah kawalan adalah perlu bagi mengelakkan komplikasi penyakit jantung. Ia boleh dilakukan dengan mengamalkan cara hidup yang sihat. Kawal pemakanan anda. Kurangkan makanan yang mengandungi kolesterol, berminyak dan berlemak serta elakkan memakan makanan yang terlalu manis dan masin.

Mana kala tambah atau tingkatkan pengambilan makanan anda yang banyak mengandungi serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang. Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak atau bergoreng. Makan pada kadar yang sederhana untuk mengekalkan berat badan yang unggul dan ideal. Awas! Hentikan merokok jika anda seorang perokok. Bagi membantu anda mengatasi perasaan ingin merokok, adalah disarankan supaya anda pertama, membuang semua rokok, mancis, pemetik api, dan bekas rokok. Kedua, mengadakan hobi atau aktiviti luar seperti berjalan-jalan atau berjoging. Ketiga, makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Keempat, kurangkan memakan makanan yang pedas dan kelima, menolak tawaran rokok daripada orang lain. Anda juga perlu bersenam dengan secukupnya kerana senaman boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Perkara-perkara yang perlu diambil kira semasa bersenam adalah pertama, senaman perlu dilakukan mengikut kesesuaian, keperluan dan kelapangan diri anda. Kedua, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan 20 minit setiap kali. Ketiga, mulakan aktiviti regangan sebelum senaman dan rehatkan diri anda selepas senaman. Keempat, lakukan senaman dengan beransur-ansur dan kemudian tingkatkan dari masa ke semasa. Kelima, pelajari teknik senaman dengan betul bagi mengelakkan kecederaan. Dan akhir sekali, dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan senaman jika anda belum pernah bersenam.
Sekiranya anda adalah seorang penghidap diabetes, anda mampu untuk mengawalnya. Diabetes boleh dikawal dengan cara, pertama, kurangkan pengambilan gula, lemak, kolesterol, dan karbohidrat dalam makanan. Kedua, ikut nasihat doktor untuk sekiranya anda perlu mengambil ubat atau insulin. Ketiga, lakukan senaman yang bersesuaian kerana ia dapat membaiki keberkesanan insulin. Keempat, lakukan ujian glukos darah atau ujian air kencing untuk mengetahui sama ada penyakit diabetes anda terkawal atau sebaliknya.

Anda juga perlu mengawal tekanan perasaan atau emosi agar anda tidak menghidapi tekanan darah tinggi yang seterusnya mengakibatkan penyakit jantung. Oleh itu, amalkan cara hidup yang sihat dan positif, ambil makanan yang seimbang dan sentiasa bersenam. Sayangilah jantung anda, sebagai mana anda menyayangi diri anda.