Senaman 60 saat untuk melegakan sakit pinggang dan belakang

Anda mahukan senaman yang mampu melegakan sakit pinggang dan belakang dengan super pantas dan mudah? Hanya 60 saat.. ya!60 saat jer… tak lama pun..  Tapi mmg sangat berkesan!!  jom kita mulakan…

Siapa yang berisiko terkena sakit pinggang dan belakang?

Sesiapa pun boleh terkena sakit belakang dan pinggang tetapi yang lebih cenderung untuk dapat sakit ni ialah:

  • Mereka yang berusia 30 hingga 60 tahun.Makin berusia makin mudah terkena sakit belakang
  • Mereka yang kurang senaman,badan tak fit
  • Terlebih berat badan; lebihan berat badan akan memberi tekanan kepada pinggang dan tulang belakang anda
  • Pekerjaan harian; yang memerlukan aktiviti menarik,menolak beban serta duduk dan berdiri terlalu lama

backpain1

Di bawah adalah 5 penyebab yang mengakibatkan sakit pinggang dan belakang:

  • Mengangkat beban yang berat
  • Melakukan pergerakan secara mengejut (pusing badan secara tiba2)
  • Terjatuh
  • Berat badan berlebihan atau membawa barang yang berat
  • kedudukan atau posisi badan ketika duduk dan berdiri yang tidak betul

causes-of-back-strain

Back-Pain-causes-smoking

Tahu tak selain senaman,anda juga boleh melegakan kesakitan dengan mengambil supplemen yang selamat dan berkesan? Elakkan pengambilan steroid, hasilnya memang bombastik.. cepat melegakan tetapi mempunyai kesan buruk pada jangka masa panjang.

Melalui pengalaman sendiri, suami saya selalu sakit pinggang dan belakang sejak kejadian jatuh pokok rambutan 9 tahun yang lepas.”Sakitnya tuh di sini”.. erk.. sakitnya tu  dari tulang belakang turun ke pinggang dan punggung.. kalau teruk boleh affect sampai kaki.. kesian sangat.. memang tak boleh jalan.. nak bawa kereta pun susah.Saya terpaksa masuk pejabat lewat sejam sebab nak hantar dia ke office dulu.Masatu suami di Cyberjaya saya pula kat Jalan duta.Punch card? sokmo merah.Banyak lagi kesan negatif,nak lakukan ibadat pun sedikit terjejas.Emosi pun tak berapa stabil sebab saya faham.. nak menahan sakit tu memang tak selesa.. sian anak2 tak dapat gi jalan2 terperuk kt rumah.

Sebulan selepas buat appointment dengan doktor pakar tulang dan saraf.. suami saya didiagnose mengalami slip disk lepas buat prosedur MRI.

Encik suami terpaksa berulang buat fisioterapi,doktor juga bekalkan pain killer dgn vitamin untuk saraf.. Salah satu ubat yang saya ingat nama dia CELEBREX. Meh google skit pasal Celebrex : Celebrex is the brand name of a prescription pain medication in the COX-2 inhibitor class of drugs. The active ingredient in Celebrex is celecoxib. Celebrex works by reducing inflammation, which often is a component of arthritis, back pain and neck pain.

Setelah 3 bulan, encik suami berhenti ambil Celebrex sebab kita takut dengan kesan jangka masa panjang,kan? kesan kebergantungan kepada steroid ni memang unexpected jadi kami decide untuk gunakan cara yang lebih natural.Encik suami memilih untuk pergi berurut (pastikan bukan sembarangan) dan makan vitamin yang lebih natural dan terbukti selamat.

Masa ni tablet Advance joint Health shaklee baru release ke Malaysia,bukan main seronok lagik saya terus beli sebotol bagi En suami test.Alhamdulillah,syukur ya Allah.. sehari ada nampak kesan.. suami kata kurang sikit sakit.. dia teruskan 4 hari dah boleh drive semula..  yang paling seronok,lebih banyak masa dapat diluangkan dengan anak2, suami dah tak bad mood lagi..  🙂 .Anda mahukan hidup keluarga anda lebih ceria? mahukan yang terbaik untuk yang tersayang? Ya,Anda juga berhak menikmati kebahagiaan dan nikmat kesihatan sama seperti kami..

Tatacara solat Gerhana (Khusuf‘ )

Bismillah..

Khusuf‘ (الخُسُوفِ) dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya bulan, samada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya. Hukum melakukan ‘Solat Gerhana Bulan’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Khusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi muslimin dan muslimat. Ia boleh ditunaikan sama ada secara berjamaah atau bersendirian dan waktunya bermula ketika sedang berlakunya bulan gerhana sehingga selesai gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak adalah solat gerhana.

Galakan mengerjakan ibadah solat sunat gerhana ini  berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan itu kedua-duanya adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Tidaklah terjadi gerhana kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali.”

.

.

Apa itu Solat Gerhana Bulan (Khusuf)

  • Bacaan ketika solat gerhana bulan adalah secara kuat (jahar) seperti dalam solat Maghrib, tidak sebagaimana solat gerhana matahari yang dibaca secara perlahan.

.

  •   Lafaz niat Solat Sunat Gerhana Bulan:

Daku Solat Sunat Khusuf dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

.

  •  Dilaksanakan dengan dua raka’at. Di dalamnya dilaksanakan sama ada dengan dua (2) kali ruku’, tiga (3) kali ruku’ atau empat (4) kali ruku bagi setiap raka’at.

.

  •  Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT;

.

.

  •  Antara doa yang biasa dibaca terutama semasa khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah :

.

Doa Khutbah Gerhana.

.

B.  Cara Mendirikan Solat Gerhana Bulan (Khusuf)

 Solat Sunat Khusuf (Solat Gerhana Bulan) tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً ) dan dilakukan dengan 2 rakaat sebagaimana solat sunat biasa. Manakala dalam solat ini bacaan Al Fatihah dan surahnya boleh dijaharkan (dinyaringkan). Secara ringkasnya solat sunat tersebut adalah seperti berikut:

.

1.  Cara Pertama

Solat Sunat Khusuf  2 rakaat dengan 2 kali fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud.

a.   Rakaat Pertama

1.       Takbiratul Ihram.

2.       Membaca doa iftitah.

3.       Membaca Ta`awudz.

4.       Membaca surah Al-Fatihah.

5.       Membaca mana-mana surah, yang lebih afdhal ialah surah al-Baqarah.

6.       Rukuk dan membaca tasbih, anggaran bacaan 100 ayat.

7.       Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan surah Ali-Imran atau  mana-mana surah.

8.       Rukuk sekali lagi dengan membaca tasbih, anggaran bacaan 90 ayat.

9.       Iktidal.

10.     Sujud dan membaca tasbih.

11.     Duduk antara 2 sujud.

12.     Sujud kembali.

13.     Berdiri ke rakaat kedua.

.

b.   Rakaat kedua.

1.       Membaca surah Al-Fatihah.

2.       Membaca surah Al-Nisa’ atau mana-mana surah.

3.       Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat.

4.       Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Maidah atau mana-mana surah.

5.       Rukuk dangan membaca tasbih, anggaran bacaan 50 ayat.

6.       Iktidal.

7.       Sujud dan membaca tasbih.

8.       Duduk antara 2 sujud.

9.       Sujud kembali.

10.     Membaca tasyahud akhir.

11.     Memberi salam.

.

.

Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; “Ketika terjadi gerhana di masa Nabi Muhammad SAW maka diserukan: “Ash-shalaatu jaami’ah (tegakkanlah solat berjamaah).” Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali dalam satu rakaat. Pada rakaat ke dua  Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali juga. Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: “Belum pernah saya sujud lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu.”  (Hr Bukhari dan Muslim).

.

Disebutkan oleh Ibnu Rusyd di dalam Bidayatul Mujtahid:

وكان إسحاق بن راهويه يقول: لا يتعدى بذلك أربع ركعات في كل ركعة لأنه لم يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أكثر من ذلك. وقال أبو بكر بن المنذر وكان بعض أصحابنا يقول: الاختيار في صلاة الكسوف عين وإن شاء ثلاثة وإن شاء أربعة

Ishak B. Rahawaih berkata:  “Tidak boleh melebihi empat kali ruku’ dalam satu raka’at. Kerana tiada riwayat yang menunjukkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ruku’ lebih dari empat kali.”

.

.

2.  Cara Ke-2

Solat Sunat Khusuf (Solat Gerhana Bulan) 2 rakaat dengan 4 kali fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.

  1. Boleh juga dilakukan Solat Gerhana 2 rakaat dengan 4 kali fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.
  2. Disunatkan membaca surah-surah panjang dalam setiap rakaat solat  gerhana.
  3. Pada setiap rakaat rukuknya dilakukan dua kali, iaitu selepas membaca Al Fatihah dan surah, lalu rukuk.
  4. Bangun i’tidal, lalu membaca Al Fatihah dan surah lagi lalu rukuk yang ke dua.
  5. Kemudian i’tidal lagi dengan tu’maninah barulah melakukan sujud yang pertama, duduk antara dua sujud, lalu sujud yang ke dua, kemudian bangun untuk rakaat yang ke dua.
  6. Pada rakaat yang ke dua ini, rukuk dilakukan dua kali seperti pada rakaat yang pertama. Kemudian tahiyat dan diakhiri dengan salam.
  7. Makmum yang hanya dapat mengikut imam ketika berdiri ke dua atau rukuk ke dua dalam rakaat pertama dianggap tidak dapat rakaat pertama.

.

Abu Bakar B. Al-Mundzir berkata:  “Ada beberapa sahabat kami menyatakan bahawa memilih tatacara ‘Solat Kusuuf’ (solat gerhana) memiliki landasan hukum. Mereka yang mahu solat kusuuf dibolehkan memilih mana-mana tatacara yang dikehendakinya, sama ada dua kali ruku’ dalam setiap raka’at, tiga kali ruku’ dalam setiap raka’at, atau empat kali ruku’ dalam setiap raka’at.”  (Ibnu Rusyd, Bidayatul Mujtahid, 1/121)

..

C. Khutbah Solat Gerhana

Dalil dari Aisyah r.a. berkata :

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان

من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.

 “Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”  (Riwayat Bukhari r.a.)

Umat Islam perlu mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan mengadakan dan menunaikan solat Sunat Khusuf ini secara berjemaah berserta khutbah gerhana sempena gerhana bulan penuh tersebut. Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini   jarang berlaku.

Wallahu A’alam Bissowab

Ikhsan :https://shafiqolbu.wordpress.com/

10 TIPS BERKESAN TANGANI GST SUPAYA DAPAT MAKAN KFC

cukai GST

Bila dikenang kembali masa zaman saya sekolah dulu, dengan rm1 saya dapat beli nasi lemak sebungkus dan air sirap mungkin dapat seketul kuih juga.Tapi, dengan nilai rm1 sekarang cuma sebungkus nasi lemak sahaja yang mampu saya beli kalau tak bernasib baik sebungkus nasi lemak tu mungkin berharga rm1.20.Nilai matawang kita semakin jatuh,perkara ini terjadi akibat daripada kenaikkan kos sara hidup tanpa henti setiap tahun.

Tanggal 1 April 2015, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan pertambahan kos sara hidup yang baru iaitu cukai GST.Terus terang saya katakan ramai di kalangan rakyat negara ini runsing akan wujudnya GST. Mereka masih belum bersedia untuk menghadapi cabaran baru ini. Golongan berpendapatan rendah dan sederhana antara golongan yang paling gelisah dan golongan ini jugalah yang kini tengah sibuk-sibuk memikirkan pencarian pendapatan baru bagi menampung kos sara hidup GST.

“Jangan bazirkan tenaga fokus kepada masalah, lebih baik fokus seluruh tenaga bagi mencari jalan penyelesaiannya.”

Majoriti rakyat Malaysia marah dan tidak berpuas hati dengan kedatangn GST ini bukan?  Bagi saya, GST wujud atau tidak bukanlah perkara utama kita nak meroyan dan membebel cerita masalah kewangan diri serata negara. Lagi bagus kalau masa membebel ini digunakan untuk fikirkan backup plan macamana kita nak tangani GST sebelum ianya ianya memberi kesan jangka masa panjang pada kehidupan dan kewangan kita.

Tip GST #1 : Periksa Akaun Kewangan Peribadi

Sebelum anda mencari pendapatan baru, apa kata anda cek dahulu akaun kewangan peribadi anda. Cuba teliti perbelanjaan-perbelanjaan bulanan anda sebelum ini, kemudian bandingkannya dengan anggaran perbelanjaan yang bakal dikenakan GST. Adakah berlaku peningkatan kos? Bagaimana pula dengan pendapatan bulanan apatah lagi jika anda bergaji tetap, adakah ia masih mampu menampung peningkatan kos ini?

Jika tidak, mulalah anda memotong kos-kos yang tidak memberi manfaat diri seperti kos perbelanjaan hiburan. Sebelum anda sibuk menjaga kewangan negara, lebih baik anda sibuk uruskan kewangan keluarga terdahulu.

Tip GST #2 : Jangan Bakar Duit

Ini isu yang paling sensitif, kalau cakap ni mesti confirm ada yang marah. Hentikan aktiviti-aktiviti bakar duit, dalam bahasa lain beli rokok, apatah lagi jika ia merosakkan kesihatan. Kos bagi merawat kesihatan bukanlah murah. Saya pernah terbaca satu papan tanda di Jakarta yang bertulis “Jika anda miskin, anda jangan jatuh sakit sebab kos merawat kesihatan itu tidak murah.”

Anda faham ker tak faham apa yang diperkatakan oleh papan tanda itu? Tak kisahlah anda tuan kepada medical card takaful atau tidak, sebab bila dah sakit teruk nanti anda akan tetap tafakur walau ada takaful.

Tip GST #3 : Buat Perbandingan

Jangan berbelanja ‘memkhinzir’ buta. Rajinkan sikit diri itu, pilih di mana tempat hendak berbelanja dan bandingkan harga dengan kedai lain. Pilih dan beli barang harga yang paling menjimatkan kos. Berhati-hati dengan peniaga yang tamak, ini kerana terdapat peniaga yang sesuka hati menaikkan harga barang atau servis tanpa mempunyai pendaftaran cukai GST yang sah. Jika jumpa peniaga macam ni, jangan bagi peluang, pergi lakukan report ke pihak berkuasa berkenaan peniaga itu. Bak kata pepatah orang Melaka, “memang hawau peniaga ni”.

Tip GST #4 : Memasak

Siapa yang rajin ke dapur sahaja faham bahawa makan di rumah lebih murah kosnya dari makan di kedai. Sepatutnya, makan di rumah lebih kos efektif dan sihat kecuali anda penggemar makan mee segera yang akan memutuskan urat perut serta gugurkan rambut. Alang-alang dah memasak, lebih baik jadikan ia bekal ke tempat kerja atau sekolah.

Tip GST #5 : Pengangkutan

Masih ingat lagi satu ketika dulu, TV ada mengeluarkan iklan “Jom berkongsi kereta.” Mungkin jika iklan ini dikeluarkan pada hari ini, pasti ramai yang akan mengikutnya. Kira kos perbelanjaan pengangkutan bulanan anda, jika anda memandu kereta sendiri dan rasa kosnya terlalu mahal maka ajak rakan sepejabat join naik satu kereta dengan anda. Pakat-pakat dengan rakan, kongsi kos petrol kereta. Kalau anda tidak mempunyai rakan, belajarlah pergi ke tempat kerja dengan menaiki pengangkutan awam.

Tip GST #6 : Jangan Tambah Hutang

Sudah-sudahlah dengan perangai lagak berbarang baru seperti berhutang duit membeli kereta baru sekadar untuk ditayangkan orang sekeliling. Jangan tambah hutang yang tidak mendatangkan hasil.

Tip GST #7 : Tambah Ilmu

Belajar membina kewangan. Bersedia untuk laburkan sedikit wang dalam pencarian ilmu yang boleh meningkatkan pendapatan bulanan anda. Anda boleh dapatkan ilmu ini menerusi bahan bacaan seperti buku, majalah, internet dan media sosial. Jika ada pulus lebih, cuba lapangkan masa untuk hadiri seminar-seminar dari mentor yang berjaya. Hanya dengan ilmu yang tepat sahaja anda mampu menangani GST.

Tip GST #8 : Jom Berniaga

Bermulalah berniaga dengan modal yang rendah, nak lagi best belajar niaga tanpa modal. Berniaga itu mudah. Ramai anak didik saya berniaga secara online atau menjadi ejen dapat hasilkan pendapatan RM20,000 hingga RM50,000 sebulan.

Tip GST #9 : Tingkatkan Sedekah

Sedekah memilik kuasa dan impak yang besar terhadap kehidupan. Melaluinya, Allah SWT mampu datangkan anda rezeki tidak disangka melalui cara aturanNya yang cukup luarbiasa. Dengan bersedekah juga, Allah SWT akan lapangkan setiap rezeki kita. Lagi banyak anda bersedekah, Insya Allah lagi banyak anda akan menerimanya kemudian.

Tip GST #10 : Tingkatkan Pergantungan Kepada Allah SWT

Dari kesemua tip-tip diatas, tip terakhir inilah yang paling penting dan utama yang wajib anda lakukan. Tingkatkan lagi pergantungan diri kepada Allah SWT. Percaya di setiap kesusahan yang diterima pasti ada kesenangan yang menjelma. Tidak akan bergerak satu zarah pun jika Allah SWT tidak mengizinkannya.

GST bukanlah punca sebenar masalah kewangan kita, diri kita sendiri merupakan punca utama kenapa wujudnya masalah kewangan diri dan keluarga. Uruskan kewangan dengan cara yang terbaik bagi mencipta kebebasan dari masalah kewangan di masa hadapan.

Olahan semula dari penulisan

Dr Hj Azizan Osman