Shaklee dan Landmark study berpisah tiada, penting ke landmark study?

Penting ke landmark study ?
=========================

Klau yang betul2 particular pasal supplemen sila amik perhatian ya.

Dulu saya makan je vitamin kat farmasi yang tak ada landmark study.. bagi saya yang penting saya dapat kesan yang saya nak.. simptom sakit2 saya hilang.. senang kata lama2 saya sembuh.. so apa kejadahnya si landmark study ni?

Hahhh.. ni yang nak bagitau..
Ibarat korang buka kedai makan.. ikut prosedur.. halalan toiyiban.. tapi bila tak ada HALAL jakim tu orang tak yakin.. silap aribulan tak dibenarkan beroperasi pun.. Walaupun barang mentah tu dari ladang korang sendiri.. maksudnya bila ada pengiktirafan dari pihak ke 3 yang diiktiraf.. confident tu lebih.. betul tak?
So macamtu jugak landmark study ni.. Shakle3 dia appoint orang luar yang bukan calang2 .. untuk conduct research pasal vitamin ni.. antaranya
Ada tak beza orang yang makan shakle3 dengan orang makan vitamin jenama lain.. setelah 30 tahun diorg consume..
Sebab apa 30thn?? Hah.. sebab selalunya penyakit ni dia kadang2 makan masa nak merebak.. so kalau baru setakat 5thn mkn tak nampak.. sbbtu nak kena tgk lepas 30thn makan shakle3 betul ke kencing manis dia hilang? Dah Tak sakit sendi lutut..
Lepastu pula kebanyakan produk lain dia bergantung pada 1 vitamin je.. shakle3 tidak begitu.. sebabtu selalu ada set.. combination of nutriens tu yang buat kita dapat kontrol penyakit serta perlu diikuti dengan exercise ..

Tips cerahkan wajah dengan hanya menggunakan pencuci muka

nutriwhite foaming cleanserDah empat tahun,saya masih setia pakai pencuci muka Nutriwhite ni.Pencuci ni lebih sesuai utk mereka yang mempunayi kulit normal tanpa sensitiviti dan jerawat yang teruk sebab ianya berfungsi lebih kepada mencerahkankulit.Kandungan vitamin C yg tinggi tak sesuai utk kulit yg sensitif dan berjerawat teruk.

Antara fungsi pembersih muka Nutriwhite ni…

  • Membersihkan secara lembut sehingga ke dalam liang roma.
  • Rumpai laut yang terkandung dalma pembersih ni berfungsi untuk menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel kulit mati dan menegangkan kulit.
  • Alga Hijau pula berfungsin dengan membuang toksin yang terdapat pada kulit dan sekaligus memberi kesan lembapan pada kulit wajah.
  • Strawberi Begonia akam membantu untuk mencerahkan dan mengimbangkan pigmen kulit wajah .Sangat sesuai dipakai bagi menghilangkan pigmentasi pada wajah.

 

Jimat sangat dengan saiz yang besar ni,dalam 6 bulan pun belum tentu habis.Kesan dia dah lebih kurang macam skII ok  🙂

Nak pesan satu tiub tak?

call/wassap

Cikyah@0173377038

 

Ibu Berpantang guna toilet cangkung? boleh ke?

hai mommies..

seriau kot rasa nak cangkung bile buang air kecik or besar ni kalau lepas bersalin betul tak? lagik2 bila memikirkan tempat yang baru kena jahit tu kan? huhuhu

hah.. utk mommies yang ada masalah dengan toilet..  seperti

situasi pertama:

berpantang rumah mak kat kampung tak ada toilet duduk

situasi ke dua:

berpantang kat rumah sendiri,  rumah 2 tingkat, tingkat bawah hanya ada toilet cangkung

boleh ke mencangkung kepas bersalin ni?

Eh!! jangan buat gila tau.Rahim tengah kembang, badan tak kuat lagi.Macam2 jadik karang.duduk cangkung nak bangun terpitam pula.Tak pun, teran2 terbuka jahitan, eh boleh ke? ataupun rahim terkeluar ( kes rahim jatuh)

Kalau anda tak kisah,boleh je bersimpuh kat tepi toilet cangkung tu.Saya pun tak dapat imagine sebab ini pengalaman dari kawan yang bersimpuh di tepi toilet cangkung kt kampung.

so,seeloknya,saya cadangkan cari toilet aid ni.. ataupun orang duk panggey kerusi toilet, bangku toilet, kerusi tandas.. macam2 ada..

ni contoh gambar

 

malaysia-commode-wheelchair-wheels-kerusi-tandas-ada-roda-rehabsupply-1504-08-rehabsupply@1

Malaysia_foldable_commode_chair_toilet_aid_kerusitoiletmacam kes saya , saya berpantang kat rumah sendiri.. terpaksa duduk bawah sebab takkan nak turun naik tangga kan?nak dijadikan cerita toilet kat bawah ni, toilet cangkung lah pulak..  once dah decide nak pantang sendiri, saya pun pergilah carik toilet duduk yang foldable ni(boleh lipat dan simpan ) . Saya beli yang  gambar no 3 , sebab nak pakai sekejap jer.

boleh ke beli sebarangan je? meh saya share panduan nak beli kerusi toilet ni, yang penting kena pastikan selamat!

  • jangan beli yang beroda ( yang beroda ni khas untuk orang tua atau orang yang tak mampu ke tandas sebab yang tak ada roda ni, kita akan letak dekat toilet, betul2 kat lubang toilet tu.kalau ada roda bergerak-geraklah pulak,bahaya.

 

  • pastikan pembuatan toilet tu dari besi yang kukuh.. maknanya kerusi ni agak berat sikit. kalau ringan sangat pun bahaya,takut bergerak masa kita nak duduk or bangun dari kerusi.

Kalau yang bukan untuk ibu2 berpantang, kerusi jenis no 1 tu sangat recommended.Macam kes pesakit tak boleh gerak ke toilet dan masih berupaya untuk gunakan toilet duduk, so kita dudukkan saja dekat kerusi tu.kerusi jenis no 1 tu ada mangkuk tandas sekali,jadi kita boleh lapik dengan plastik dulu bekas tu memudahkan urusan mencuci.

kat mana nak dapatkan kerusi toilet ni?

dekat farmasi ada, tapi tak semua farmasi so kena rajin bertanya.Saya beli dekat farmasi Allcare Bangi dekat dengan ani sup utara deret ariani tu, harga dalam rm110 tak silap.Kalau yang jenis no 2 tu mahal sikitlah sebab ada tempat sandar.anda boleh juga cari di kedai yang jual alatan sokongan atau bantuan hospital macam katil pesakit, kerusi roda .. semua tu.Kat Bangi, kalau tak silap saya ada 3 tempat yang saya pernah jumpa banyak sikit koleksi kerusi toilet ni.Satu kat deret bangi kopitiam dan satu lagi dekat belakang pusat rawatan azzahrah tu.Satu lagi dekat farmasi dekat dengan tabung haji Bangi area warta tu.

oh well, dah dapat kerusi yang selesa pula, jangan lupa prevent dari sembelit masa berpantang tau. Aduh, seriau rasa nak teran masa buang air besar kan? Alhamdulillah saya membuang dengan lancar sekali, nak tahu rahsia? meh saya bantu, klik sini

 

Scan 3D dan 4D khas buat ibu yang teruja nak tahu jantina baby

Pengalaman scan atau imbasan 3D dan 4D baby ni memang sesuatu yang sangat ditunggu² oleh parents zaman sekarang,lebih-lebih lagi yang nak tahu sangat jantina baby.Nak tergelak bila ingat balik zaman pregnantkan baby no 4 , mana taknya..  menantikan anak perempuan setelah 3 kali mengandungkan anak lelaki.Pergghhh..  memang berdebar-debar je rasa bila si anak dalam perut masih dok terkepit2 sampai 7 bulan tunggu.haihh, berbunga2 rasa sebab orang selalu dok kata bila baby tu malu-malu nak tunjuk dan susah nak nampak(bird/telur) mesti itu baby girl.. orang katalah.Buat pertama kalinya, demi nak hilangkan debaran si ibu, saya pergi buat imbasan atau scan 3D tapi tak cukup itu,complete siap buat dengan 4D sekali.. hihihi..  🙂

Apa beza scan 3D dan 4D?

Tak kiralah first time mommy or bertime2 mommy,anda mungkin tertunggu-tunggu sesi scan baby , tapi frust bila tengok gambar kelabu kabur dua dimensi (2D)  yang biasa. Ini disebabkan,scan akan terus menembusi bayi, jadi gambar-gambar itu cuma akan nampak organ-organ dalaman baby je.

Dengan scan 3D dan 4D, kita akan nampak kulit baby menutupi organ-organ dalaman sampai boleh nampak bentuk mulut dan hidung baby kita.Paling best boleh nampak baby menguap,jelir lidah,senyum dan boleh nampak secara kasar samada rupa baby kita ikut mama atau abah dia.Wowww !!

Scan 3D atau 3 dimensi adalah gambar statik yang menunjukkan bayi dalam tiga dimensi macam kartun 3D yang kita tengok sekarang macam upin ipin,boboiboy Big Hero 6.

Scan 4D pula adalah imej 3D bayi yang bergerak (real life) dan boleh disimpan dalam format video.Kalau kita nak buat scan 4D ni nanti dia siap bagi CD dengan DVD.

Boleh tak Scan 3D dan 4D mengesan kecacatan baby?

Jawapannya tidak.Kalau nak tengok lebih detail pasal injap jantung ada berapa,hati dan paru-paru ok ke tak kena buat Detail scan.Detail scan ni scan dalam bentuk 2D tapi dia akan ambil masa yang lebih lama sebab doktor atau sonographer akan explain lebih mendalam setiap organ yang ada pada baby kita.Scan 3D dan 4D pula boleh kesan kalau bibir baby kita sumbing atau sesuatu yang ganjil pada anggota lain contohnya jari tangan.Ada kalanya ia berguna bagi memberikan maklumat tambahan tentang keabnormalan yang sudah diketahui masa kita buat Detailed Scan tadik.

Bila waktu yang terbaik untuk buat scan 3D dan 4D?

Masa paling baik untuk buat scan 3D dan 4D ialah antara 26 minggu hingga 30 minggu. Sebelum 26 minggu baby mempunyai terlalu sedikit lemak di bawah kulitnya, jadi tulang muka boleh ternampak melalui kulit tapi kalau lepas 30 minggu kepala baby mungkin dah masuk agak dalam dekat bahagian pelvis so mungkin kita tak dapat nak tengok muka baby.

Selalu bila buat scan 3D ni, kalau boleh kita nak tengok muka baby kita sekali kan? tapi tak semua bernasi baik, semuanya bergantung pada posisi baby. kalau dia terbaring muka ke atas, dengan banyak cecair amnion dekat muka dia, masa ni boleh nampak jelas muka baby. Tapi,kalau dia terbaring menghadap belakang , atau cecair tu tak banyak sangat kat sekeliling dia, atau mungkin juga sebab kita sendiri ada banyak lemak perut, tak banyak lah yang boleh nampak dalam hasil scan tu.

Kadang-kadang doktor akan suruh kita pergi jalan-jalan dulu atau datang lagi dalam masa seminggu sebab nak tunggu bila baby beralih ke posisi yang lebih baik. Tapi, kalau sampai ke sudah tak nampak juga muka baby dengan jelas, at least masih boleh tengok jari-jari tangan dengan kaki dia yang runcing and supercomel  🙂

sambung cerita saya tadi kan,akhirnya…. lepas buat scan 3D ni, memang nampak sebijik dang! my baby ada bird!! hahahah.. meleset sangkaan konon ingatkan dia dok kepit2 tu baby girl :p . Cik Sonographer siap buat scan 4D, dalam imej yang bergerak2 tu nampak cik sonographer dok fokus tang tu sebab maknya tak puas hati suruh belek banyak kali.. bahahaha..

Tempat Scan 3D-4D murah dan best

Hah, memang bila saya google banyak keluar pasal klinik yang offer scan 3D dengan 4D ni, disebabkan saya duduk area Bangi, saya pergi yang dekat denga umah ler.Klinik Dr Najwa seksyen 3 dengan klinik As-Salam Seksyen 7.Klinik Dr Najwa tu memang tempat saya checkup monthly, masuk 7 bulan saya pergi klini pakar An-Nur sebab memang nak bersalin kat sana.Klinik Dr Najwa tu best ,doktor dia lembut je lepastu friendly tanya apa2 pun dia jawab so takla malu nak tanya soklan kurang bijak.. bahahah.Bukan apa, kita ni kadang2 kalau terlampau anxious semua benda nak tanya.. walaupun dah beranak 4,kan? kan? ;p .Facilities kat dalam klinik ni pun tip top contoh tempat scan dia, amik darah pun boleh terus dapat result,setengah klinik dia kena hantar sample darah ke makmal lain kalau tak silap,kan? Harga scan 3D dengan doktor Najwa rm120 masa tahun 2014 taktau la kalau dah naik harga.Cerita pasal klinik As-Salam, yang scan perut saya masa tu sonographer bukan doktor kat situ,dia kira buat freelance dekat klinik tu dengan klinik2 lain.korang boleh tengok kat bayi-ibu.com,ada banyak lagi klinik yang guna khidmat diaorang.

3D 4D SCAN IN MALAYSIA - Make Appointment - Mozilla Firefox_2015-08-30_04-21-59Mula2 register dulu lepastu baru boleh browse dalam dia.Yang bestnya guna sistem appointment bayi-ibu.com ni, boleh tengok tarikh dengan waktu yang kita nak pilih.

3D 4D SCAN IN MALAYSIA - Online Appointment Scheduler - Mozilla Firefox_2015-08-30_04-21-07Lepastu kita boleh pilih kawasan yang kita nak buat appointment contoh dekat Bandar Baru Bangi, bila klik dia terus keluar nama klinik kat Bangi yang guna perkhidmatan diorang.Macam kat Bangi, klinik As-Salam Seksyen 7 .

3D 4D SCAN IN MALAYSIA - Appointment History - Mozilla Firefox_2015-08-30_04-24-12

Then, Kita boleh pilih sonographer mana yang kita nak.Tapi tak semua tempat dapat sonographer yang sama. Kalau Bangi ni, Ms Celyn dan kalau nak Ms Jezzlyn ada dekat Klinik AnNisa Seri Kembangan.. boleh cek kawasan yang lain dekat jadual atas.3D 4D SCAN IN MALAYSIA - Appointment History - Mozilla Firefox_2015-08-30_04-25-06

Lastly, siaplah appointment kita tadik.

Selamat melayari saat-saat manis bergelar ibu  😉

 

 

 

Masalah Kolestrol Tinggi dan Serangan Sakit Jantung Yang Anda Wajib Tahu

Saya lebih mengenali si kolestrol ni sejak 3 tahun lalu apabila saya sendiri mengalami masalah kolestrol tinggi.Kalau nak tahu,kolestrol ni bukan berlaku pada orang yang gemuk je tau,ia lebih banyak ditemui dalam tubuh badan orang yang kurus,macam saya . Jom kita kenali dengan lebih dekat apa dia kolestrol dan akibat buruk terlebih kolestrol dalam badan.

Apa dia kolestrol?

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam saluran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah boleh  diperolehi daripada pemakanan kita dan dihasilkan dari organ hati manusia.

Kolesterol dari pemakanan datang daripada sumber haiwan seperti daging, ayam, ikan,telur dan produk tenusu seperti keju,mentega dan susu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam saluran darah(arteri) dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada saluran darah dan juga menghasilkan sendiri kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam saluran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada saluran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Fungsi Kolestrol dalam badan

Mengapa kita perlukan kolestrol? bukankah kolestrol bahaya untuk kesihatan? Sebenarnya kolestrol mempunyai fungsi yang penting dalam pelancaran sistem tubuh manusia.Tetapi terlalu banyak kolestrol dalam darah boleh menyebabkan saluran darah yang membawa darah ke seluruh badan anda tersumbat dan mengakibatkan serangan jantung atau strok.

Empat Fungsi utama kolestrol adalah

  • Menyumbang kepada pembentukan struktur dinding sel     
  • Membentuk asid hempedu bagi proses pencernaan dalam usus     
  • Membenarkan badan untuk menghasilkan vitamin D     
  • Membolehkan tubuh untuk menghasilkan hormon tertentu.

Kolesterol Jahat VS Kolesterol Baik

Kebanyakan kolesterol yang dijumpai dalam darah adalah LDL (lipoprotein berketumpatan rendah ) kolesterol. Jenis ini akan mengakibatkan penghasilan plak yang menyebabkan saluran darah tersumbat. Plak menghalang darah daripada mengalir melalui tubuh badan dengan cara yang sepatutnya.

HDL ( lipoprotein berketumpatan tinggi) pula tidak menyebabkan arteri tersumbat.Kolesterol HDL membuang kolestrol daripada saluran darah dan membawa kembali ke hati, di mana ia boleh diproses dan dihantar keluar dari badan. Itulah sebabnya is dipanggil HDL “kolesterol baik .

Ingat ya, LDL= JAHAT!, HDL= BAIK

Jika kolesterol terkumpul di dalam saluran darah seseorang selama bertahun-tahun , ia mungkin membawa kepada:     

  1. serangan jantung yang boleh merosakkan jantung     
  2. strok yang boleh merosakkan otak

Punca paras kolestrol tinggi

  1. Diet yang tidak seimbang

    Menghadkan pengambilan lemak dalam diet membantu merendahkan paras kolesterol, mengawal pengambilan makanan, khususnya, yang mengandungi: 

    • Sumber makanan yang mengandungi kolesterol seperti daging, keju dan kuning telur .
    • Lemak tepu (terdapat dalam beberapa jenis daging, produk tenusu, coklat, barang-barang bakar, dan makanan goreng dan diproses)     
    • Trans lemak (yang terdapat di beberapa makanan yang digoreng dan diproses)

      

  2.  Kurang Senaman dan berat badan berlebihan.

Berat badan berlebihan atau obes boleh meningkatkan tahap LDL dalam darah, tapi jangan risau,senaman dapat mengurangkan masalah.Selain itu, genetik juga memainkan peranan dalam menyumbang kepada masalah kolestrol tinggi – tahap LDL yang tinggi didapati dalam keadaan yang diwarisi hypercholesterolemia.

Tahap kolesterol yang tidak normal juga mungkin boleh berlaku apabile wujud situasi berikut:

1.  Penghidap Diabetes    

2.  Masalah  Hati atau penyakit buah pinggang  

3.  Sindrom Polycystic ovari     

4.  Kehamilan dan lain-lain keadaan yang meningkatkan tahap hormon wanita

5. Kelenjar tiroid kurang aktif(hypothyroid).  

6. Ubatan yang boleh meningkatkan kolesterol LDL dan mengurangkan kolesterol HDL (progestins, steroid anabolik dan kortikosteroid).

Bagaimana Serangan Jantung Boleh Berlaku?

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Partikel kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh partikel kolesterol LDL.

Bahayakan kolestrol tinggi ni? So, dah jelas sekarang tentang kolestrol? Bagaimana kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung dan mengakibatkan kematian?Mulai hari ni jom kita amalkan gaya hidup sihat dan jaga diet pemakanan kita  🙂