Kelengkapan asas berpantang untuk ibu selepas bersalin

Apa yang anda perlukan semasa berpantang? tak kisahlah pantang sendiri atau pantang dengan confinement lady.Selalu kita cerita pasal  kelengkapan bayi kan, kadang sampai hari nak bersalin kelengkapan mommy tak complete lagi sebab excited sangat nak kumpul barang2 baby.Ok, amik camera phone tangkap gambar list ni or amik kertas dengan pen.. sila salin ok  🙂

Kalau ikutkan saya yang dah anak 4, mula2 masa anak pertama memang complete gila sampai dah nak habis pantang pun masih tak guna certain benda tu tapi bila dah makin ramai anak ni,sampai hujung2 waktu pun masih carik lagi barang nak beli .

Kelengkapan untuk ke hospital

  • Bra dan Breast pad (pad menyusu)
  • pad maternity
  • kain batik
  • baju lengan panjang
  • stokin tebal
  • kurma/air zam-zam
  • makanan
  • toiletries
  • sweater
  • tuala
  • panties pakai buang (optional)

 

Kelengkapan berpantang di rumah

  • Penjagaan Diri
    • makanan kesihatan
      • (set berpantang/jamu/vitamin)
    • Penjagaan luaran
      • krim barut @ lumuran limau nipis & kapur.
      • pilis
      • param
      • minyak urut/gosok
      • herba mandian
      • garam kasar untuk cebok
  •   Pakaian
    • bengkung
    • bra menyusu & pad menyusu
    • pad maternity & pad biasa
    • kain batik
    • stokin
    • panties pakai buang (optional)
    • sweater
  • Tambahan
    • selipar (dalam rumah)
    • alas katil

 

oh.. jangan lupa book tukang urut ok! confinement lady pun best.. boleh belai kita n baby sekali.Kalau saya .. 2 bulan sebelum memang dah book tukang urut awal2, kalau nak carik area bangi klik sini.

Scan 3D dan 4D khas buat ibu yang teruja nak tahu jantina baby

Pengalaman scan atau imbasan 3D dan 4D baby ni memang sesuatu yang sangat ditunggu² oleh parents zaman sekarang,lebih-lebih lagi yang nak tahu sangat jantina baby.Nak tergelak bila ingat balik zaman pregnantkan baby no 4 , mana taknya..  menantikan anak perempuan setelah 3 kali mengandungkan anak lelaki.Pergghhh..  memang berdebar-debar je rasa bila si anak dalam perut masih dok terkepit2 sampai 7 bulan tunggu.haihh, berbunga2 rasa sebab orang selalu dok kata bila baby tu malu-malu nak tunjuk dan susah nak nampak(bird/telur) mesti itu baby girl.. orang katalah.Buat pertama kalinya, demi nak hilangkan debaran si ibu, saya pergi buat imbasan atau scan 3D tapi tak cukup itu,complete siap buat dengan 4D sekali.. hihihi..  🙂

Apa beza scan 3D dan 4D?

Tak kiralah first time mommy or bertime2 mommy,anda mungkin tertunggu-tunggu sesi scan baby , tapi frust bila tengok gambar kelabu kabur dua dimensi (2D)  yang biasa. Ini disebabkan,scan akan terus menembusi bayi, jadi gambar-gambar itu cuma akan nampak organ-organ dalaman baby je.

Dengan scan 3D dan 4D, kita akan nampak kulit baby menutupi organ-organ dalaman sampai boleh nampak bentuk mulut dan hidung baby kita.Paling best boleh nampak baby menguap,jelir lidah,senyum dan boleh nampak secara kasar samada rupa baby kita ikut mama atau abah dia.Wowww !!

Scan 3D atau 3 dimensi adalah gambar statik yang menunjukkan bayi dalam tiga dimensi macam kartun 3D yang kita tengok sekarang macam upin ipin,boboiboy Big Hero 6.

Scan 4D pula adalah imej 3D bayi yang bergerak (real life) dan boleh disimpan dalam format video.Kalau kita nak buat scan 4D ni nanti dia siap bagi CD dengan DVD.

Boleh tak Scan 3D dan 4D mengesan kecacatan baby?

Jawapannya tidak.Kalau nak tengok lebih detail pasal injap jantung ada berapa,hati dan paru-paru ok ke tak kena buat Detail scan.Detail scan ni scan dalam bentuk 2D tapi dia akan ambil masa yang lebih lama sebab doktor atau sonographer akan explain lebih mendalam setiap organ yang ada pada baby kita.Scan 3D dan 4D pula boleh kesan kalau bibir baby kita sumbing atau sesuatu yang ganjil pada anggota lain contohnya jari tangan.Ada kalanya ia berguna bagi memberikan maklumat tambahan tentang keabnormalan yang sudah diketahui masa kita buat Detailed Scan tadik.

Bila waktu yang terbaik untuk buat scan 3D dan 4D?

Masa paling baik untuk buat scan 3D dan 4D ialah antara 26 minggu hingga 30 minggu. Sebelum 26 minggu baby mempunyai terlalu sedikit lemak di bawah kulitnya, jadi tulang muka boleh ternampak melalui kulit tapi kalau lepas 30 minggu kepala baby mungkin dah masuk agak dalam dekat bahagian pelvis so mungkin kita tak dapat nak tengok muka baby.

Selalu bila buat scan 3D ni, kalau boleh kita nak tengok muka baby kita sekali kan? tapi tak semua bernasi baik, semuanya bergantung pada posisi baby. kalau dia terbaring muka ke atas, dengan banyak cecair amnion dekat muka dia, masa ni boleh nampak jelas muka baby. Tapi,kalau dia terbaring menghadap belakang , atau cecair tu tak banyak sangat kat sekeliling dia, atau mungkin juga sebab kita sendiri ada banyak lemak perut, tak banyak lah yang boleh nampak dalam hasil scan tu.

Kadang-kadang doktor akan suruh kita pergi jalan-jalan dulu atau datang lagi dalam masa seminggu sebab nak tunggu bila baby beralih ke posisi yang lebih baik. Tapi, kalau sampai ke sudah tak nampak juga muka baby dengan jelas, at least masih boleh tengok jari-jari tangan dengan kaki dia yang runcing and supercomel  🙂

sambung cerita saya tadi kan,akhirnya…. lepas buat scan 3D ni, memang nampak sebijik dang! my baby ada bird!! hahahah.. meleset sangkaan konon ingatkan dia dok kepit2 tu baby girl :p . Cik Sonographer siap buat scan 4D, dalam imej yang bergerak2 tu nampak cik sonographer dok fokus tang tu sebab maknya tak puas hati suruh belek banyak kali.. bahahaha..

Tempat Scan 3D-4D murah dan best

Hah, memang bila saya google banyak keluar pasal klinik yang offer scan 3D dengan 4D ni, disebabkan saya duduk area Bangi, saya pergi yang dekat denga umah ler.Klinik Dr Najwa seksyen 3 dengan klinik As-Salam Seksyen 7.Klinik Dr Najwa tu memang tempat saya checkup monthly, masuk 7 bulan saya pergi klini pakar An-Nur sebab memang nak bersalin kat sana.Klinik Dr Najwa tu best ,doktor dia lembut je lepastu friendly tanya apa2 pun dia jawab so takla malu nak tanya soklan kurang bijak.. bahahah.Bukan apa, kita ni kadang2 kalau terlampau anxious semua benda nak tanya.. walaupun dah beranak 4,kan? kan? ;p .Facilities kat dalam klinik ni pun tip top contoh tempat scan dia, amik darah pun boleh terus dapat result,setengah klinik dia kena hantar sample darah ke makmal lain kalau tak silap,kan? Harga scan 3D dengan doktor Najwa rm120 masa tahun 2014 taktau la kalau dah naik harga.Cerita pasal klinik As-Salam, yang scan perut saya masa tu sonographer bukan doktor kat situ,dia kira buat freelance dekat klinik tu dengan klinik2 lain.korang boleh tengok kat bayi-ibu.com,ada banyak lagi klinik yang guna khidmat diaorang.

3D 4D SCAN IN MALAYSIA - Make Appointment - Mozilla Firefox_2015-08-30_04-21-59Mula2 register dulu lepastu baru boleh browse dalam dia.Yang bestnya guna sistem appointment bayi-ibu.com ni, boleh tengok tarikh dengan waktu yang kita nak pilih.

3D 4D SCAN IN MALAYSIA - Online Appointment Scheduler - Mozilla Firefox_2015-08-30_04-21-07Lepastu kita boleh pilih kawasan yang kita nak buat appointment contoh dekat Bandar Baru Bangi, bila klik dia terus keluar nama klinik kat Bangi yang guna perkhidmatan diorang.Macam kat Bangi, klinik As-Salam Seksyen 7 .

3D 4D SCAN IN MALAYSIA - Appointment History - Mozilla Firefox_2015-08-30_04-24-12

Then, Kita boleh pilih sonographer mana yang kita nak.Tapi tak semua tempat dapat sonographer yang sama. Kalau Bangi ni, Ms Celyn dan kalau nak Ms Jezzlyn ada dekat Klinik AnNisa Seri Kembangan.. boleh cek kawasan yang lain dekat jadual atas.3D 4D SCAN IN MALAYSIA - Appointment History - Mozilla Firefox_2015-08-30_04-25-06

Lastly, siaplah appointment kita tadik.

Selamat melayari saat-saat manis bergelar ibu  😉

 

 

 

Cara hilangkan parut chicken pox dengan cepat dan berkesan

Ya Allah, kebetulan sama pula cerita saya dengan kes kakak dalam video ni.. KENA CHICKEN POX waktu dah tua.. taklah tua.. maksudnya waktu dah dewasa.. selalu budak-budak yang kena,kan? saya faham perasaan anda,sebab kita memang sekapal.. dah tua ni lagi sakit dan lagi susah nak jaga. lebih-lebih lagi bab parut.. korang banyak parut kat mana? saya kena kat muka tau.. sadis sangat..

eh,samala pulak cerita kami.. puan Hidayah pun banyak parut kat mukalah.. huhuh.. mesti segan,kan?mana nak sorok muka.. kalau tengok video,puan Hidayah berjaya hilangkan parut chicken pox kat muka dia,licin terus muka .. gebu  gebas lagik..

tak percaya? meh tengok sendiri video ni..

Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.

Wow.. serius!! sama dengan saya!! saya pun ambil ESP dan vitamin C.Masa ni saya mengandung 7 minggu so saya tak ambil vitamin e sebab antioksida dia tinggi,boleh akibatkan keguguran di awal usia kehamilan.Disebabkan saya tengah mengandung,saya cuma ambil vitalea,bcomplex,vitamin C dengan ESP.Semua ni terangkum dalam set ibu hamil sekali,tapi saya tambah garlic complex sebagai antibiotik semulajadi dengan nutriferon.

Saya dapat cuti 3 minggu tau… seronok?? huh,kalau tak sakit seronok le kot.. orang lain kena cepat dalam 2 minggu dah sihat.Doktor bagitau ibu hamil memang antibodi rendah senang diserang penyakit,jadi masa untuk saya recover lebih lama dari orang biasa.Alhamdulillah,ujian Allah nak bagi.

so apa yang saya nak suggest untuk anda.. bergantung pada 3 keadaan berikut:

1. ibu hamil yang mengalami chicken pox

  • Vitalea,
  • Bcomplex,
  • Vitamin C,
  • Garlic dan
  • ESP

2.set vitamin SEMASA anda alami chicken pox

-vitalea,bcomplex,vitamin C,vitamin E dan ESP.

3.set vitamin SELEPAS chicken pox (untuk hilangkan parut)

ESP,vitamin C dan Vitamin E

Mengapa saya tekankan pengambilan ESP?

Fungsi utama protin adalah untuk membina sel-sel baru dan membaiki sel-sel lama. Sel adalah unit terkecil dalam badan kita. Sel—>Tisu—>Organ—>Sistem. Makanya, kalau kita nak elokkan sistem, kita perlu perbaiki sel dulu iaitu unit yang paling asas. Protin adalah makronutrient yang paling penting untuk badan kita. Tubuh badan kita perlukan protin seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel. Keseluruhan sel-sel yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protin untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama dengan tisu-tisu yang baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.

psstt… bulan Mac ni ada promosi ESP buy 6 free 1 ataupun nak amik twinpack,beli 2 canister ESP anda akan nikmati 5% potongan harga..   wow.. wow.. wow!!!

ESP shaklee