Set Berpantang Shaklee bagi ibu yang bersalin caeser

Salam mommies,

Bagi saya,pengalaman bersalin normal dan caser memang berbeza.Cara nak jaga masa tengah pantang pun agak berbeza.Apa yang saya cerita ni, adalah berdasarkan pengalaman dan apa yang saya rasa dan lalui,mungkin ada mommies yang berbeza keadaan dengan saya.Saya nak kongsi dengan moomies yang senasib dengan saya, set pantang shaklee yang saya makan dan barangan Nona roguy yang saya pakai selama 44 hari   🙂

Apa yang saya rasa?

1. Sakit luka jahitan

masa dekat hospital,saya tak rasa sangat sebab nurse dok bagi ponstan(ubat tahan sakit).Tapi bile hari ke 3,dah dijarakkan waktu ambil ponstan,ya Allah sakitnya Allah je tahu.tak boleh berdiri abdomen bawah tu rasa sangat2 sakit.Allahu akbar.So, dah habis ponstan, saya ambil ostemarix dengan bcomplex.Vitamin ni berfungsi macam panadol bagi kurangkan kesakitan dekat situ.Kalau nak lagi ok, ambil AJHT, yang ni memang berfungsi macam ponstan.

2. Sakit tulang belakang (saraf) dan sakit pinggang

Lepas habis ubat bius,saya sakit saraf dekat bahagian tulang belakang .Saya rasa kesan dari ubat bius tu sakit dia luarbiasa.Bayangkan,masa saya tengah tidur ,saya boleh terjaga sebab rasa “tangkap” dekat bahgaian tulang belakang tu.tiba2 juga rasa macam renjatan elektrik kalau orang sentuh.Senang cakap, belakang saya jadi sensitif.

3. Badan berangin

Doktor kata kalau orang caeser banyak angin dalam perut,tak sure reason kenapa.Tapi memang tau.. dalam spital tu kena tunggu kita berjaya kentut  baru boleh balik rumah lagi bagus kalau kita dapat berak sekali.Hari pertama dengan kedua tak tak berjaya.. takleh paksa .. takleh teran karang seriau sakit pula bahagian kena bedah tu kan? mak mertua suh saya makan bawang putih, so saya makan yang pure dan add skali pil garlic complex shaklee.Lepas beberapa jam makan garlic complex tu saya berjaya kentut,lega sangattt  😉 .Oh, masa kita tak berjaya kentut2 lagi… perut memang rasa bloated penuh dengan angin,tak selesa sangat rasa,nak tak nak mmg kena keluarkn juga angin tu.

4. Susu badan kurang

Memang selalunya hari pertama dengan kedua tak banyak susu kan, tapi masa saya caeser ni hari ke 4 baru nampak banyak susu.Saya rasa sebab stress, emosi tak stabil so dia mengganggu pengeluaran susu tu.Hari pertama dengan kedua memang rasa tak bertenaga, badan rasa lembik sebab saya tak boleh makan.Nurse suruh cuba minum air kosong dulu  lepastu air yang ada susu macam milo sebab kesan ubat bius tu buat kita rasa muntah2.Bila dah berjaya tak muntah baru boleh start makan bubur or nasik.Saya rasa sebabtu juga badan tak produce susu yang mencukupi, sebab tak makan dan tak ada tenaga.Tapi,lepas je berjaya makan,saya terus amik set pantang shaklee, multivitamin dengan bcomplex tu berfungsi untuk bekalkan tenaga dan menamoung semua nutrien yang kurang dalam pengambilan makanan saya.Vitamin C denag soya ESP untuk imuniti dan penghasilan kolagen bagi kulit,khas untuk tempat kena bedah tu.

5.Perut  buncit

Yang ni, saya tampung dengan bengkung untuk caeser yang jenis zap on tu. saya tak zap kuat pun just untuk hold perut tu supaya tak jatuh karang berlipat kulit tempat bedah tu kan.

Lastly,saya belanja satu testimoni dari pn khadeejah yang sebelum ni almost give up nak mengandung lagi disebabkan sembelit teruk waktu berpantang. Enjoy, klik.. klik!!

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Breast pad mana pilihan anda?Washable breast pad atau disposable breast pad?

Salam mommies..
Mommies pakai tak breast pad atau nursing pad? ada sesetengah tu tak suka pakai.. kalau saya, saya mesti pakai sebab bila bra kita terkena susu jadi tak selesa, tompokan susu tu jadi keras kat bra kita,betul tak? silap haribulan, susu terkena baju nampakla bentuk peta kadang2 ada bau melekat sekali, bau hanyir telur ..bukan saya cakap,husband yg bagitau punyala kuat bau susu tu.So, at least bila pakai nursing pad ni atau pad menyusu,kebersihan breast pun terjaga sebab,kuman suka dekat tempat yang lembap ni, untuk elak dari terkena jangkitan kuman dekat breast,kenalah jaga kebersihan bra kita ok.

By the way, sekarang ni dah macam2 jenis breast pad ada.Washable breast pad yang reusable,basuh pakai balik dengan disposable breast pad,yang jenis pakai buang.Jenama pun ada banyak, kita ada pigeon,pureen,autumnz,bumble bee,medela pastu banyak lagilah.. sila google ya.

Washable atau disposable?
hah, yang ni bergantung. Kalau rajin basuh, beli yang washable.Belilah 4 atau 5 pasang senang sikit tukar ganti,kan? tak adalah jadik harini basuh esok pakai,manatau tunggu basuh tak kering2..? Kalau agak tak ada masa or malas nak basuh pakai saja disposable,mudah!! lepas pakai terus buang.Jangan lupa tangalkan dari bra tau, karang termasuk skali dalam mesin basuh jenuh pulak.
Kalau saya, saya beli dua2.washable satu buat spare,pastu satu kotak yang disposable.tak sempat beli, ada yang washable kalau tak sempat basuh ada yang disposable :p

Kalau ikutkan review dari saya, saya suka pakai jenama pigeon lepastu pureen,autumnz pun ok.
Kenapa saya suka disposable breast pad pigeon? sebab dia tebal sikit,so boleh meresap banyak susu lepastu gam dia kuat jugak takla asyik tercabut dari bra compare to pureen.Bentuk dia pun ikut breast kita macam melengkung sikit.

Kalau ikutkan harga, disposable breast pad pigeon lebih mahal dari pureen.Tapi kalau nak jimat, memang saya syorkan beli yang washable terus  🙂

meh saya bagi contoh disposable breast pad
pigeon disposable breast pad

pureen disposable breast pad

 

 

tollyjoy disposable nursing pads

 

bumble bee disposable breast padyang ni pula jenis yang washable, basuh pakai balik.Kalau pergi kedi baby, banyak lagi jenama lain.tepuk dada tanya pilihan hati.. oh dan poket juga  😉

autumnz washable breast pad

nuk reusable washable nursing breast padsOk, so terpulang dekat mommies nak pakai yang mana.Dua2 pun ok je :),kalau nak jimat gi beli dekat Mom’s n baby expo beza juga harga dia dari beli harga runcit.

 

Elak sembelit teruk dan buasir yang menyakitkan waktu berpantang

Sembelit waktu berpantang? adoiii dahlah tengah sakit tempat jahitan, sembelit pulak.. kadang2 sampai ada kes berdarah2 bila nak buang air besar. Sape yg ada kes macam ni angkat tangan?? ok, turun tangan.. saya belanja video ni. tengok tau, camana adik manis ni dari fobia takmau mengandung dah lepas sembelit masa berpantang terus rasa nak mengandung lagi .. apa yang berjaya mengubah fikiran dia???

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

 

meh saya nak share pengalaman saya pula selama berpantang 4 kali.
Dulu masa mengandung anak pertama, saya makan lactulose syrup.Sirap rasa air gula pekat, manis.Najis tu keluar memang dah tak ada bentuk… hahaha.. hancur macam cirit. Janji daku tak sembelit ya? ;p

macam ni rupa sirap tu, doktor yang bagi kalau dah habis boleh carik kat farmasi

Duphalac

lactulTapi, lepas anak ke dua hingga ke empat, saya guna lain pula.. bukan setakat mudahkan saya membuang,lagi best dari tu!!

persediaan saya semasa mengandung:

Pastikan toilet saya selesa.Saya akan carik toilet duduk!! bukan toilet cangkung.Kenapa toilet penting? boleh rujuk kat sini.

Selepas bersalin:

  1. Banyakkan minum air.Bagi badan kita tidak dehydrated.Jangan minum air satu tumbler skali gus.Saya minum 1 gelas dalam 2 jam sekali.kalau kerap sangat asyik ke toilet je la pulak kan. dah payah nak buka pakai stokin ;p. perut pun karang buncit je dengan air nak pakai bengkung pun tak selesa.
  2. Makan buah-buahan.Antara buah yang saya makan, oren dengan epal merah.
  3. Minum susu.saya minum susu kambing,selain membantu dalam proses turunkan bacaan jaundice anak,dia juga antara ejen nyahsembelit yg baik.
  4. Saya makan tablet kalsium-magnesium yang digelar Ostematrix keluaran shaklee.Mantap marvellous!

selain kurangkan lenguh2 pinggang dengan belakang, ostematrix ni memang bagus sangat untuk elak sembelit. nak tau sebab apa?

Magnesium dalam Ostematrix Shaklee selain daripada membantu meningkatkan serapan kalsium kedalam tulang ia juga secara tidak langsung membantu otot usus kita untuk bergerak semasa aktiviti pembuangan najis.Magnesium juga bersifat menarik air, penambahan air di dalam kolon boleh menyebabkan najis jadi lebih lembut dan mudah untuk dikeluarkan. sebabtu kita perlu minum banyak air bagi memudahkan proses nyah najis ni berlaku :p
 ok, nilah rupa tablet ostematrix shaklee
oste-matrix
oste

Bagi ibu yang sedang berpantang selain daripada membantu mengatasi masalah sembelit, Ostematrix Shaklee juga berperanan untuk:

  • membantu ibu-ibu mendapatkan rehat yang berkualiti
  • sebagai sumber kalsium tambahan
  • mengelakkan gigi rosak dan sakit tulang
  • melegakan otot dan saraf ibu
  • membantu menambah susu badan

Lepas dah try sekali si ostematrix ni, memang saya jatuh cinta terus! pengguna tegar sampai anak ke 4 tau!Sangat2 recommended dan rugi sangat kalau tak try! sebotol baru rm61 boleh tahan sebulan penggunaannya.

 

call/sms/whatsapp cikyah@0173377038

Ibu Berpantang guna toilet cangkung? boleh ke?

hai mommies..

seriau kot rasa nak cangkung bile buang air kecik or besar ni kalau lepas bersalin betul tak? lagik2 bila memikirkan tempat yang baru kena jahit tu kan? huhuhu

hah.. utk mommies yang ada masalah dengan toilet..  seperti

situasi pertama:

berpantang rumah mak kat kampung tak ada toilet duduk

situasi ke dua:

berpantang kat rumah sendiri,  rumah 2 tingkat, tingkat bawah hanya ada toilet cangkung

boleh ke mencangkung kepas bersalin ni?

Eh!! jangan buat gila tau.Rahim tengah kembang, badan tak kuat lagi.Macam2 jadik karang.duduk cangkung nak bangun terpitam pula.Tak pun, teran2 terbuka jahitan, eh boleh ke? ataupun rahim terkeluar ( kes rahim jatuh)

Kalau anda tak kisah,boleh je bersimpuh kat tepi toilet cangkung tu.Saya pun tak dapat imagine sebab ini pengalaman dari kawan yang bersimpuh di tepi toilet cangkung kt kampung.

so,seeloknya,saya cadangkan cari toilet aid ni.. ataupun orang duk panggey kerusi toilet, bangku toilet, kerusi tandas.. macam2 ada..

ni contoh gambar

 

malaysia-commode-wheelchair-wheels-kerusi-tandas-ada-roda-rehabsupply-1504-08-rehabsupply@1

Malaysia_foldable_commode_chair_toilet_aid_kerusitoiletmacam kes saya , saya berpantang kat rumah sendiri.. terpaksa duduk bawah sebab takkan nak turun naik tangga kan?nak dijadikan cerita toilet kat bawah ni, toilet cangkung lah pulak..  once dah decide nak pantang sendiri, saya pun pergilah carik toilet duduk yang foldable ni(boleh lipat dan simpan ) . Saya beli yang  gambar no 3 , sebab nak pakai sekejap jer.

boleh ke beli sebarangan je? meh saya share panduan nak beli kerusi toilet ni, yang penting kena pastikan selamat!

  • jangan beli yang beroda ( yang beroda ni khas untuk orang tua atau orang yang tak mampu ke tandas sebab yang tak ada roda ni, kita akan letak dekat toilet, betul2 kat lubang toilet tu.kalau ada roda bergerak-geraklah pulak,bahaya.

 

  • pastikan pembuatan toilet tu dari besi yang kukuh.. maknanya kerusi ni agak berat sikit. kalau ringan sangat pun bahaya,takut bergerak masa kita nak duduk or bangun dari kerusi.

Kalau yang bukan untuk ibu2 berpantang, kerusi jenis no 1 tu sangat recommended.Macam kes pesakit tak boleh gerak ke toilet dan masih berupaya untuk gunakan toilet duduk, so kita dudukkan saja dekat kerusi tu.kerusi jenis no 1 tu ada mangkuk tandas sekali,jadi kita boleh lapik dengan plastik dulu bekas tu memudahkan urusan mencuci.

kat mana nak dapatkan kerusi toilet ni?

dekat farmasi ada, tapi tak semua farmasi so kena rajin bertanya.Saya beli dekat farmasi Allcare Bangi dekat dengan ani sup utara deret ariani tu, harga dalam rm110 tak silap.Kalau yang jenis no 2 tu mahal sikitlah sebab ada tempat sandar.anda boleh juga cari di kedai yang jual alatan sokongan atau bantuan hospital macam katil pesakit, kerusi roda .. semua tu.Kat Bangi, kalau tak silap saya ada 3 tempat yang saya pernah jumpa banyak sikit koleksi kerusi toilet ni.Satu kat deret bangi kopitiam dan satu lagi dekat belakang pusat rawatan azzahrah tu.Satu lagi dekat farmasi dekat dengan tabung haji Bangi area warta tu.

oh well, dah dapat kerusi yang selesa pula, jangan lupa prevent dari sembelit masa berpantang tau. Aduh, seriau rasa nak teran masa buang air besar kan? Alhamdulillah saya membuang dengan lancar sekali, nak tahu rahsia? meh saya bantu, klik sini

 

Kelengkapan asas berpantang untuk ibu selepas bersalin

Apa yang anda perlukan semasa berpantang? tak kisahlah pantang sendiri atau pantang dengan confinement lady.Selalu kita cerita pasal  kelengkapan bayi kan, kadang sampai hari nak bersalin kelengkapan mommy tak complete lagi sebab excited sangat nak kumpul barang2 baby.Ok, amik camera phone tangkap gambar list ni or amik kertas dengan pen.. sila salin ok  🙂

Kalau ikutkan saya yang dah anak 4, mula2 masa anak pertama memang complete gila sampai dah nak habis pantang pun masih tak guna certain benda tu tapi bila dah makin ramai anak ni,sampai hujung2 waktu pun masih carik lagi barang nak beli .

Kelengkapan untuk ke hospital

  • Bra dan Breast pad (pad menyusu)
  • pad maternity
  • kain batik
  • baju lengan panjang
  • stokin tebal
  • kurma/air zam-zam
  • makanan
  • toiletries
  • sweater
  • tuala
  • panties pakai buang (optional)

 

Kelengkapan berpantang di rumah

  • Penjagaan Diri
    • makanan kesihatan
      • (set berpantang/jamu/vitamin)
    • Penjagaan luaran
      • krim barut @ lumuran limau nipis & kapur.
      • pilis
      • param
      • minyak urut/gosok
      • herba mandian
      • garam kasar untuk cebok
  •   Pakaian
    • bengkung
    • bra menyusu & pad menyusu
    • pad maternity & pad biasa
    • kain batik
    • stokin
    • panties pakai buang (optional)
    • sweater
  • Tambahan
    • selipar (dalam rumah)
    • alas katil

 

oh.. jangan lupa book tukang urut ok! confinement lady pun best.. boleh belai kita n baby sekali.Kalau saya .. 2 bulan sebelum memang dah book tukang urut awal2, kalau nak carik area bangi klik sini.